Reader’s View In Malay

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dalam memorandumnya memohon pertimbangan pihak kerajaan dan wakil rakyat di parlimen untuk memansuhkan dasar PPSMI, kononnya untuk membela nasib beratus ribu pelajar di sekolah kebangsaan serta mengelakkan Bahasa Melayu daripada termusnah sebagi bahasa ilmu. Dalam sekelip mata sahaja tanpa memberi masa kepada pihak kerajaan untuk bertindak, mereka bertindak liar dan kurang ajar dengan demonstrasi mereka. Apakah sebenarnya tujuan mereka berbuat demikian? Memandangkan tindakan mereka untuk terus mengganas walaupun Menteri Pelajaran memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menyediakan Kertas Kabinet untuk kelulusan Kabinet. Ini jelas bahawa mereka ini (GMP) mempunyai agenda lain dan merupakan dalang kepada pihak tertentu. Sekiranya mereka ikhlas dalam niat mereka, mereka akan menggunakan saluran dan platfom yang betul untuk mencapai matlamat mereka dan bukan wujudkan kekecohan di jalanan seperti orang-orang yang tidak bertamaddun.
Sayang sekali, setelah berpuluh tahun berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran dan masih mempunyai ramai kenalan di KPM, Dato’ Dr Hassan Ahmad yang fasih dan tahun selok belok jentera pentadbiran kerajaan, tiba-tiba berpura-pura tidak tahu bahawa untuk mengubah dasar berkaitan dengan pendidikan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh seminggu dua! Mungkin beliau sudah nyanyok! Beliau seharusnya mengambil bahagian dalam rundingan meja bulat yang dilaksanakan oleh KPM untuk menyuarakan hujah-hujah beliau dan bukannya bertindak sedemikian cara sehingga menggangu ketenteraman awam.
Kami amat berharap agar Dato’ Dr Hassan Ahmad akan sedar bahawa perangainya dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah tidak munasabah dan akan mengambil langkah untuk berbincang dengan pucuk pinpiman Kementerian Pelajaran.

Advertisement

Tags: , ,

One Response to “Reader’s View In Malay”

  1. Calon PTK Says:

    Beliau sudah lupa antara prinsip etika kerja KPM yang beliau turut nobatkan dulu adalah bertingkahlaku dengan berbudi bahasa, sentiasa berusaha ke arah kebaikan, berdisiplin dan beradab.

Comments are closed.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.