Pendedahan mengenai GMP, Dr Hasan berbohong – Latest

Saya percaya penuh kepada demokrasi dan kebebasan rakyat untuk bersuara, mengadakan tunjuk perasaan, dan kebebasan akhbar. Lakukan dengan aman, sopan dan bertanggungjawab.
Namun demikian, saya tidak boleh menerima apa yang berlaku pada hari Sabtu. ‘Perhimpunan halal’ menentang PPSMI dijadikan perhimpunan politik dan seterusnya dijadikan ‘perarakkan haram’ untuk memberi kacamata buruk rakyat terhadap pemerintah dan pihak pengaman awam.
Kalau sudah berjanji dengan polis hanya perhimpunan dan beberapa saja yang akan hantar memorandum, kenapa dilanggar perjanjian itu? Dari gaya ianya diatur, strategi dan personalitinya yang terbabit, ianya sama dengan Perarakkan Bersih pada tahun 2007. Perhimpunan dan ‘perarakkan haram’ itu mempunyai agenda disebaliknya.
Memang tujuan asal untuk menimbulkan kekecohan jalanraya dengan dipinta disembur water cannon dan gas pemedih mata. Di sini saya bersetuju dengan tindakan polis dan sepatutnya lebih berkeras supaya ‘public order’ dihormati dalam amalan kebebasan bersuara.

Dato Dr Hasan Ahamd dalam sidang akhbar semalam (dalam video) cuba menafikan perhimpunan dan perarakkan haram itu didalang oleh pembangkang. Katanya, apa yang terjadi di luar kuasa pihak penganjur. Padanya, konon satu penghinaan untuk mengelar dirinya dan mereka yang datang sebagai boneka kepada tok dalang.
Saya kata dia berbohong. Pantang besar saya apabila orang berbohong. Walaupun saya tidak bersetuju sangat dengan PPSMI, saya tiada toleran kepada pembohong. Maka saya akan dedahkan seluruhnya mengenai Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP).

Saya tidak peduli apa akibat pendedahan ini sebab Dr Hasan sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang perjuangan politik khusus untuk mencabul dan menghancurkan hak dan kepentingan Melayu dan Pribumi, yang tertera dalam Perlembagaan.

Pada hari itu, Dr Hasan sendiri yang mengapi-apikan lebih untuk ikut dan menyamar sebagai pelancung. Sepanjang dia berdalih-dalih untuk meminta lebih ramai dapat ikut ke Istana Negara sebelum ‘perarakkan haram’ itu, ianya menunjukkan sudah ada niat untuk melanggar ‘perjanjian’ dengan polis.
Pada hari itu, beberapa pemimpin politik timbul dari corok-corok mana untuk berarak. Bukankah itu suatu yang terancang?
Fitrahnya mana-mana pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan Dr Hasan tidak boleh berlakun seolah-olah dia tidak terkawal keadaan hingga menjadi ‘perarakkan haram’ hingga polis terpaksa mengawal keadaan dengan menyembur air dan gas pemedih mata.
GMP adalah satu gerakan terancang dari perbincangan pada Disember 30hb, 2008 di Yayasan Penataran Ilmu antara beberapa pertubuhan, parti politik dan pejuang bahasa. Pertubuhan yang terlibat adalah Kesatuan Sekerja DBP. PAS, PLM, PKPIM, ABIM, GAMIS, TERAS, dan PPBUM. Mereka bersetuju untuk mengadakan Himpunan 100 Ribu bagi menyerahkan memorandum kepada Agong.
Satu pertemuan telah diadakan dengan Dato Dr Hasan Ahmad pada Januari 8hb, 2009 di Yayasan Karyawan. Di situ dia bersetuju untuk menjadi Pengerusi Badan Induk GMP. Dalam satu Mesyuarat di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangordi Shah Alam pada Januari 20hb, 2009, diumumkan anggota ahli-ahli Jawatankausa terlibat.

Selain Dr Hasan sebagai Pengerusi, Jawatankausa Badan Induk terdiri dari Prof Dr Shahril Mat Zin (Timbalan Pengerusi), Prof Emritus Abdullah Hassan (Naib Pengerusi) Hasni Abas (Setiausaha) dan Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha). Selain Suhaizat yang merupakan penggiat PAS, pemegang utama Jawatankuasa ini kelihatan seolah-olah terdiri Pejuang Bahasa. Dalam ahli Jawatankausa, ada anggota YB Dato Nasaruddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) dan Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR).

Peranan parti politik lebih ketara dalam Jawatankuasa Pelaksana yang mengatur strategi perhimpunan dan ‘perarakkan haram’. Mereka terdiri dari Hasni Abas (Pengarah), Suhaizan Kaiat (PAS, Tim. Pengarah), Saifullah (S/uaha), Faisal (Pen. S/Usaha), Akmal Hisham (Pen S/U Media), Kamaruzzaman (Bendahari), Sany, Abd Razak, Wasif, Firdaus, Kamal, Wan Faisal, dan YB Yusmadi (PKR Balik Pulau).

Walaupun pejabat Pena menjadi urusetia tetapi peranan penggiat politik sangat ketara. Pada perbincangan itu, jumlah 100,000 tidak dijangka boleh tercapai kerana ia memerlukan masa dan kewangan yang banyak. Pada malam itu, Timbalan Presiden PAS hanya sedia memberi komitmen seramai 10-15,000 ahli PAS. Manakala PKR hanya berupaya membawa dalam 5,000 orang.
Dengan demikian, mereka perlu berusaha dan satu roadshow telah dirancang seluruh negara Selangor, Pahang, Perak, Kedah Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan tuntuk setiap hari minggu dari Januari 31hb hingga Februari 21hb. Perhimpunan kecil di Sogo dan Majlis penyerahan Memorandum kepada Anwar Ibrahim dan sidang akhar di Parlimen memang sudah terancang.
Mengikut dokumen rancangan yang disediakan oleh penggiat Suhaizan Kaiat, penggiat PAS, satu acara akan diadakan pada Mac 14hb anjurkan oleh Pemuda PAS Pusat, seminggu sebelum Perarakkan Gerakan Mansuh ISA pada Mac 21hb. Dari butiran ini, jelas sekali peranan pembangkang sangat besar dari awal hingga Mac 14hb ini.

Sebelum ada suara-suara nak menuduh saya berbohong dengan butir-butir ini, biar saya beritahu sekali bujet kewangan GMP. Betul ke tidak bujetnya RM85,800 dan mereka mengharapkan sebanyak RM40,000 dari kerajaan-kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat? Kalau tidak tahu, baik diam saja.
Kalau hanya 29 NGO yang terlibat (termasuk Kumpulan Pendidikan Cina dan Tamil), tidak mungkin jumlah hadhiran boleh mencapai 20,000 yang dianggarkan. Hanya parti pembangkang yang mempunyai organisasi, infrastruktur dan jumlah tenaga untuk membolehkan perhimpunan haram sedemikian.
Sebagai deal untuk membantu pejuang bahasa, mereka kena bersetuju untuk memberikan PAS dan PKR untuk gunakan sebagai platform politik mereka dan ini termasuk merempuh polis dan buat perarakkan haram hingga disembur air dan gas pemedih mata. Ini diambil peluang sebagai propaganda untuk menghina pemerintah dan polis. Jangan hairan mereka akan melabel UMNO sebagai tidak memperjuangkan orang Melayu kerana PPSMI.
Kalau tidak kerana agenda pendalang, bukankah bodoh kelihatan orang Melayu merusuh atas isu yang sedang ditangani dan masih belum dibuat keputusan muktamad? Tidaklah juga niat pihak berkuasa untuk merendahkan Bahasa Melayu?

Tidak kah terfikir kita, dimanakah mereka yang konon menjuangkan bahasa Melayu ketika apabila DAP menuntut bahasa Cina dan Tamil diberi kedudukkan yang sama untuk papantanda rasmi? Nik Aziz bersetuju dan Anwar Ibrahim pun bersetuju.

Apa ceritanya bila Anwar mengkokokkan Ketuanan Rakyat yang mengetepikan Ketuanan Melayu yang merupakan sebahagian Perlembagaan dan kedaulatan negara ini? Kenapa mereka berdiam apabila DAP membuat fitnah jahat menuduh amalan Apartheid? Dalam Apartheid, minoriti yang menguasai ekonomi.
Pejuang Bahasa adalah yang sebenarnya Nasionalis yang bersetuju dengan kedudukkan agama Islam, hak-hak Melayu, kedudukkan Raja, askar Melayu dan tanah rizab Melayu. Ini semua adalah sebahagian dari Ketuanan Melayu. Kenapa mereka bersekongkol mereka yang menentang Ketuanan Melayu dan berslogan atas nama Ketuanan Rakyat? Nik Aziz juga yang berkata Bumiputera itu tidak penting lagi dan ini bertentangan dengan hak dalam Perlembagaan.
Tak payahlah Dr Hasan nak berbohong lagi.

Tags: ,

10 Responses to “Pendedahan mengenai GMP, Dr Hasan berbohong – Latest”

  1. Kg Dato Harun Says:

    Shame on you Dato Dr Hassan, how can you betray us like that. Moreover you ways are so non-Malay and uncivilized not to mention claiming to represent us when we don’t even agree with your ideals. WE WANT OUR CHILDREN TO LEARN MATHS AND SCIENCE IN ENGLISH. Can you get this through your head! YOU DO NOT REPRESENT US!!! Because of you ways we now don’t even trust you so please stop all your nonsense! Before we make reports about your deviant ways!

  2. Pak Cik Kg Jawa Says:

    Aku bukan yang pandai kecek orang putih, tapi pasal anak aku, aku harap Kementerian tidak tunduk kepada orang-orang yang tidak bertamadun dan kurang ajar dan suka berarak dijalanan supaya anak aku tidak disamakan dengan mereka. Konon berpendidikan tinggi dan berakal tapi perangai terul daripada beruk. Aku rasa beruk pun marah jika mereka disamakan dengan beruk!

  3. Micheal Says:

    Saya setuju dengan tuan penulis bukan kerana saya menyokong Ketuanan Melayu, namun apa yang anda hujahkan mengenai Dato’ Dr Hassan dan ankaranya yang bukan bertujuan untuk kepentingan anak-anak Malaysia tetapi hanya untuk matlamat politik pihak yang tertentu tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak kita dibangku sekolah! Mereka lebih kejam daripada pengganas Zionist! Yahudi hanya membunuh kanak-kanak sahaja. Tetapi kumpulan GMP ini mencacatkan peluang anak-anak kita untuk bersaing di masa akan datang! Masa depan mereka dimalapkan dan mereka kena berusaha berlipat ganda untuk menangani mereka yang dididik diluar negara!

  4. Ronald Says:

    Sayalah antara anak Malaysia yang kurang bernasib baik kerana ibubapa saya kurang berpandangan jauh tetapi amat nasionalis. Atas sebab itu, saya dan adik-adik saya menerima pendidikan di SK dalam aliran Bahasa Melayu. Pada ketika ini, saya serta adik-beradik saya hanya setakat berupaya menjawatan rendah sahaja, sementara rakan-rakan sekampung saya yang menerima pendidikan dalam aliran bahasa inggeris kebanyakannya golongan profesional. Sama-sama anak melayu, mereka sekarang pengarah PTD di luar negara dan ada yang menjai pengurus syarikat antara bangsa. Merenung kembali senario itu, saya amat menyokong supaya anak-anak Malaysia diberikan peluang yang sama supaya jurang ini dapat dikurangkan. Memandangkan mereka yang menerima pendidikan dalam bahasa inggeris lebih berjaya, saya cadangkan agar PPSMI diteruskan tanpa perubahan agar kedudukan Bahasa Malaysia kekal sama dan pada masa yang sama anak-anak kita dapat manfaat daripada nya. Bagi pengkianat-pengkianat bangsa, biarkan lah mereka berarak dijalanan. Kita akan buat laporan polis agar mereka ditahan dan dipenjarakan sepertimana mereka perlukan. Manalah tempat yang lebih sesuai selain dalam kurungan bagi beruk!

  5. Rempit Says:

    Hei Ronald, kalaulah tak pandai dalam bahasa apa puntak pandai juga. Seperti perpatah melayu, “Tak tahu menari, kata papan jongkang-jongkit!”

  6. Rakyat Malaysia Says:

    Kepada Encik Rempit, tak perlulah menjadi manusia yang BONGKAK kerana tidak semua orang bertuah dapat belajar seperti Encik Rempit. Peranan pendidikan di negara ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Malaysia untuk mendapat pendidikan yang terbaik supaya menjadi warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian, dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Tidak perlulah kita rasa tergugat dengan belajar dan menguasai Bahasa Inggeris akan mengurangkan rasa kecintaan kita kepada negara. Ianya adalah bertujuan menpersiapkan diri kita untuk bersaing di arena globalisasi dan cabaran krisis ekomoni. Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 “…tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat…pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakatyang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik”.

  7. Rempit Says:

    Hei Rakyat, kenapa sensitif sangat, I tak kata u tak pandai, I cuma nyatakan fakta sahaja, kalau belajar dalam Bahasa Inggeris tak pandai belajar dalam Bahasa Melayu pun tak pandai juga. Sebaliknya, kalau dah ditakdir tak pandai (tolong cek kamus dewan maksud tak pandai) belajar dalam bahasa apa pun akan dapat hasil yang sama! Kita yang merancang namun tuhan yang menentukan!!!

  8. Silent Majority Says:

    After reading your piece, I believe that these hooligans (Sorry for my language because no other words best describe them) should be punished severely for their irresponsible actions. Even though I strongly oppose ISA, I believe that they should be placed under house arrest for inciting public disorder! Worst is that they claimed that they are the learned ones, my goodness, if the learned and educated ones are like this… what about the less educated and uneducated ones… It gives me the impression that Malaysia is the land of the wild if I am not Malaysian. I felt shameful that our education system had failed us by producing such characters! Nevertheless I consul myself by saying those guys on the streets that day were professional street demonstrators looking at the way they handle the security personnel and they are very experienced in situations like that. They really came prepared for the eventuality of police intervention! SO HOW CAN THE PAK HASAN AND PAK SAMAD SAY THEY DON’T KNOW! The fact that he didn’t condemn the demonstrators shows that he is in with them and he condone such wild behaviors. So, Ministry of Education, don’t make the same mistake in educating the new generation the way you educate them!!!!

  9. Rakyat Malaysia Says:

    Certainly learning and using the English language will not make us less nationalistic. Improving the standard of English will not dimish the importance of our national language, since bilingual need for social and professional competence in the information age.

  10. hai Says:

    rempit…rempit…
    memang kena ada check and balance to everything.
    tapi sedih la tengok orang2 macam rempit ni…kenapa kita nak mundurkan orang2 melayu…org bangsa lain sume x kesah sbb derang ade sekolah jenis,sekolah private and international derang sendiri, yang terjerat budak2 sekolah kebangsaan.masuk uni nanti kena blaja dlm english gak,mana pergi peribahasa melentur buluh bia dari rebung?nk translate2 sampai bila..org nak masuk gear ke depan,bukan reverse.
    cuba cek org2 yg bantah sangat tu hantar anak2 depa ke mana.saya yakin sangat ramai dari anak2 diorang tu sume sekolah private, tak pun sekolah kt luar negara,sebab mmg saya pun kenal orang2 yang bantah2 sangat ni.
    yg pakai bahasa melayu dlm kompeni skang ni separuh glc je..lain sume english.itu pn kite sume nk mansuhkan glc sebab jeles ada orang lain kaya,maklumlah kita x boleh nk tgk orang lebih dari kita.habis tu sapa2 yg x competent memang duk takat tu saja la.yang buat research2 di universiti pun ade ke yang pakai bahasa melayu, sume publications tu, adoi bnyk sgt nk mention.tolong la jangan sempitkan pemikiran.kalau nelayan petani pun, teknologi moden sume dalam bahasa inggeris, nk cari terjemahan kat mana?

Comments are closed.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.